Buku Terbitan VRS

VRS UNI TRIANGE SDN BHD melalui anak syarikatnya, VRS PUBLICATION telah menerbitkan buku-buku karya Idris Mohd Said, Pengarah Urusan VRS UNI TRIANGE SDN BHD. Buku-buku ini kini menjadi produk penting dalam sistem VRS.

BANGKIT DARI GAGAL
Buku Baharu

Ramai yang boleh bangkit selepas gagal, kejatuhan, tetapi tidak ramai yang boleh melangkah semula selepas bangkit. Masih lagi terikat pada kejatuhan dan keadaan masa lalu, menyebabkan terlalu sukar hendak melangkah semula selepas bangkit dari gagal.

Namun sebenarnya, ramai juga yang tidak mampu bangkit selepas kegagalan, kejatuhan. Jangankan melangkah selepas bangkit, bahkan untuk bangkit semula pun tidak mampu. Tentu ada sebabnya mengapa jatuh tidak bangun begitu.

Dalam buku baru yang ditulis berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain, disediakan cara paling tepat bagaimana bangkit, bangun semula selepas jatuh, kegagalan. Kemudian, apa langkah seterusnya selepas bangun juga dijelaskan dengan tepat dan terperinci. Hanya perlu mengikutnya sahaja untuk bangkit selepas jatuh dan melangkah semula menuju kejayaan dengan bergaya.

BERJAYA ADA CARA, GAGAL ADA SEBAB

Apa saja yang anda ingini boleh dicapai asalkan ia logik dan realistik. Soalnya sekarang bagaimana cara hendak mencapai apa yang diingini. Tentu ada cara tertentu untuk mencapainya. Kerana itulah disebut, “Berjaya Ada Cara.” Memang ada cara jika mahu mencapai kejayaan dan mendapat apa saja yang anda ingini. Di dalam buku ini didedahkan rahsia-rahsia dan cara-cara untuk berjaya. Ikuti saja jika mahukan kejayaan dan memperoleh apa saja yang anda kehendaki.

Bagaimana dengan kegagalan? Ia mesti dielakkan jika mahukan kejayaan. Kegagalan tidak terjadi begitu saja. Ia bersebab. Ada sebab tertentu mengapa terjadinya kegagalan, kerana itu disebut, “Gagal Ada Sebab.” Sebab-sebab kegagalan itulah yang mesti dielakkan atau dihapuskan supaya tidak menghalang anda mencapai kejayaan.

51 JANGAN

Perkataan “JANGAN” begitu kerap didengar sejak kecil lagi. Ia disuarakan bersebab, sama ada kerana kasih sayang dan melindungi atau kerana sebab yang negatif. “Jangan” yang didengar semasa kecil lebih kepada kasih sayang supaya kita terhindar dari perkara buruk.

Kini larangan yang sama dikembalikan ke dalam buku baru ini. Buku ini memaparkan 51 larangan berbentuk “JANGAN”. Jikalau dilanggar larangan tersebut sudah pasti akan membawa kepada kegagalan. Mematuhi larangan tersebut boleh mendekatkan lagi kepada kejayaan.

100 WARISAN HIKMAT

Warisan Hikmat, harta peninggalan yang sangat berharga kini dipaparkan di dalam buku ini untuk panduan seumur hidup, bila-bila masa. Disediakan 100 Warisan Hikmat bermutu tinggi dan terbaik yang boleh anda gunakan untuk panduan menjalani kehidupan seharian dan dalam masa yang boleh digunakan sebagai panduan untuk meraih kejayaan dalam apa saja bidang.

Kata-kata hikmat di dalam buku ini adalah warisan pengalaman mereka yang terdahulu dari kita. Mereka bukan saja-saja mencipta kata-kata hikmat tersebut melainkan berdasarkan pengalaman yang mereka lalui.

88 PUNCA GAGAL

Kata John Naisbitt, pakar pengurusan, “Kita tidak belajar dari kejayaan-kejayaan lepas sebaliknya kita belajar dari kegagalan-kegagalan lepas.” Kerana itulah anda akan menemui 88 Punca Gagal di dalam buku ini. Mengenali punca gagal, bila punca itu diterbalikkan, dalam masa yang sama anda boleh mengenali punca-punca kejayaan.

Yang negatif memang sentiasa lebih diingati berbanding yang positif, kerana itu judul dan kandungan buku ini dibuat dalam bentuk negatif iaitu PUNCA GAGAL. Bukan punca kejayaan. Ia dibuat begitu semata-mata supaya lebih mudah diingati pada bila-bila masa sepanjang hayat.

AKHIRNYA ANDA BOLEH KAYA

Tidak ramai yang mahu memberitahu rahsia bagaimana menjadi kaya kerana bimbang, anda menjadi lebih kaya dari mereka. Berbeza dengan penulis buku ini yang mahu berkongsi rahsia sebenar membina kekayaan, kerana bagi beliau, ilmu mesti dikongsi dan disebarkan seluas mungkin.

Buku ini berbeza kerana ia bukan tulisan rekaan sebaliknya berasaskan pengalaman penulis sendiri membina kekayaan sebenar, bukan kekayaan yang rapuh dan singkat. Alangkah beruntungnya kita kerana di dalam buku ini tersedia rahsia-rahsia kekayaan yang telah diamalkan oleh orang-orang kaya terdahulu.

AKTIFKAN BIG-i

Bukan perkara baru. Anda pernah berkali-kali menggunakannya. Ia lahir dan hidup bersama anda. Anda mungkin menggunakannya secara tidak sengaja atau menggunakannya ke arah kegagalan dan keburukan.

Anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang kehebatan, kekuatan dan keajaiban BIG-i, kemudian anda boleh mengaktifkannya untuk mendapatkan apa saja kejayaan yang anda kehendaki, pada bila-bila masa.

CEMERLANG MLM

Buka buku ini dan amalkan kandungannya, anda akan mendapat berbagai-bagai ilmu dan cara untuk memacu kejayaan anda di dalam MLM! Hindari kegagalan, jauhi kekecewaan dengan mempraktikkan kandungan buku ini untuk melihat sendiri kejayaan demi kejayaan yang bakal anda raih di dalam MLM!

Buku ini ditulis oleh orang yang cemerlang di dalam MLM. Hanya perlu mengikuti sahaja langkah mereka untuk memperoleh kejayaan yang sama atau lebih.

MEMBINA SIKAP KEJAYAAN

Sikap adalah penentu rentak hidup. Tanpa sikap kejayaan, bersedialah untuk mengharungi rentak hidup penuh kegagalan. Sikap kejayaan tidak terjadi dengan sendirinya. Ia perlu dibina dengan konsisten, setiap hari, sepanjang hayat. Sikap kejayaan membawa kepada kejayaan hidup. Jikalau tidak diambil berat dan dibina sikap kejayaan, bersedialah untuk mengharungi hidup penuh kegagalan kerana sikap adalah penentu rentak hidup.

Di dalam buku ini telah jelas untuk diketahui dan diperjelas dengan tepat bagaimana membina sikap yang boleh digunakan untuk mendekatkan diri dengan kejayaan. Secara automatik, jika tidak dibina sikap kejayaan, rentak atau perjalanan hidup bergerak dengan pantas menuju kegagalan.

MEMBINA SIKAP KEJAYAAN

Sikap adalah penentu rentak hidup. Tanpa sikap kejayaan, bersedialah untuk mengharungi rentak hidup penuh kegagalan. Sikap kejayaan tidak terjadi dengan sendirinya. Ia perlu dibina dengan konsisten, setiap hari, sepanjang hayat. Sikap kejayaan membawa kepada kejayaan hidup. Jikalau tidak diambil berat dan dibina sikap kejayaan, bersedialah untuk mengharungi hidup penuh kegagalan kerana sikap adalah penentu rentak hidup.

Di dalam buku ini telah jelas untuk diketahui dan diperjelas dengan tepat bagaimana membina sikap yang boleh digunakan untuk mendekatkan diri dengan kejayaan. Secara automatik, jika tidak dibina sikap kejayaan, rentak atau perjalanan hidup bergerak dengan pantas menuju kegagalan.

SENTUHAN EMAS

Sejak lahir lagi, Sentuhan Emas telah bersama kita. Ia sepatutnya digunakan untuk menghasilkan kejayaan demi kejayaan. Namun, oleh sebab tidak digunakan, Sentuhan Emas yang amat berkesan dan berharga itu tidak lagi berfungsi.

Kini ada cara untuk mengembalikan Sentuhan Emas di dalam diri. Selepas ia dikembalikan, apa sahaja yang diusahakan boleh menghasilkan kejayaan demi kejayaan. Tidak ada jaminan tidak akan menemui kegagalan, namun yang penting sekali, peratusan kejayaan lebih tinggi dengan Sentuhan Emas.

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay